Pakatan Rakyat Menang!

Written By marhain jelata on 30 Jun 2008 | 5:55:00 PTG

Pengundian memilih ketua kampung Sungai Batu dan Tebok Yan telah selesai dijalankan pada hari Sabtu, 28 Jun 2008. Penduduk kedua-dua kampung telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi pengundian ini apabila 652 orang keluar mengundi di kampung Sungai Batu dan 413 orang di kampung Tebok Yan.

Pengundian terpaksa ditangguhkan selama 25 minit selepas tengahari kerana kertas undi telah kehabisan di kedua-dua kampung. Pihak pejabat penghulu mukim yang menguruskan pengundian telah menambah cetak kertas undi untuk membolehkan semua pengundi yang hadir mendapat hak untuk mengundi.

Pengundi telah memenuhi dewan pengundian sebaik sahaja masa mengundi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Keadaan bertukar kurang sibuk antara 1.00 hingga 2.00 petang dan kembali meriah dari jam 2.00 petang sehingga tamat masa mengundi.

KG SUNGAI BATU
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 399 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 251 undi
Undi Rosak ............................. 2
Keluar Mengundi ................... 652
Majoriti .................................... 148

KG TEBOK YAN
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 235 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 171 undi
Undi Rosak ............................. 8
Keluar Mengundi ................... 413
Majoriti ................................... 64
Kaunter pendaftaran pengundi wanita di Dewan JKKK Sungai Batu
Khemah penyokong calon A (Pakatan Rakyat) di luar pusat mengundi Kg Tebok Yan
Encik Shukhairi (Penghulu Mukim Pengkalan Bharu - berbaju batek biru) dibantu oleh Encik Rusli Mansor
Encik Mohd Nazri Omar (wakil calon Pakatan Rakyat - berbaju biru) dan Encik Romainor Ramli (wakil calon UMNO) di kampung Sungai Batu
Encik Abd Kadir Mat Saleh, calon UMNO (bersongkok hitam) dan Haji Mohd Zainudi, calon PR bergambar kenang-kenangan di pusat mengundi Kg Sungai Batu
Proses pengiraan undi di Kg Sungai Batu
Haji Abu Bakar Hashim, wakil calon PR Sungai Batu menjulang tangan pemenang di Kg Sungai Batu iaitu Calon A, Haji Mohd Zainudi Mohd Amin.
Pemenang di Kg Tebok Yan, Encik Mat Wahee Awang (berbaju hijau)

0 ulasan:

Catat Ulasan