UMNO Beruas Dendangkan Lagu Basi "Ketuanan Melayu"

Written By marhain jelata on 06 Julai 2008 | 3:46:00 PG

UMNO Bahagian Beruas menganjurkan pertemuan pemimpin cawangan-cawangannya di Pengkalan Bharu semalam (5 Julai 2008). Sumber pasberuas.blogspot mengatakan semua ketua cawangan, ketua pemuda cawangan, ketua wanita cawangan dan ketua puteri cawangan dipanggil menghadiri program tersebut.

Sepanjang program itu, pemimpin UMNO Bahagian terus mendendangkan lagu "ketuanan Melayu" yang telah hanyir basi. Mereka memberikan gambaran negeri Perak telah jatuh ke tangan bangsa bukan Melayu dan hak orang Melayu sedang dirampas oleh kerajaan negeri yang baru. Isu Menteri Besar jadi boneka Cina DAP diolah dengan penuh kepalsuan dan hipokrasi.

UMNO cawangan diarahkan supaya meningkatkan usaha mengembalikan sokongan pengundi kepada UMNO/BN dalam rangka memenangi pilihanraya akan datang.

Mengulas tentang perjumpaan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Beruas, Sdra Samad Naiman menyeru petugas-petugas PAS supaya meningkatkan usaha penerangan kepada semua lapisan masyarakat untuk menangkis serangan pemalsuan fakta yang giat dijalankan oleh UMNO.

Menurutnya, ramai orang Melayu masih percaya kepada dongeng ketuanan Melayu yang mengaitkan UMNO sebagai pejuang dan pembelanya. Oleh itu penerangan harus difokuskan kepada pembuktian berfakta tentang pengkhianatan yang telah dilakukan oleh UMNO dalam hal ketuanan serta hak orang Melayu secara keseluruhannya.

Kebanyakan orang Melayu masih tidak dapat mengaitkan pengkhianatan dan kebodohan UMNO dengan realiti tertinggalnya bangsa Melayu dalam semua bidang kehidupan terutamanya ekonomi. Petugas PAS patut serius menyediakan butiran pembuktian itu dan mendekati Melayu UMNO dengan hujjah yang lebih meyakinkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan