Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1. | Mesyuarat Agung Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan hendaklah diadakan sebelum 6 April 2011. |
2. | Perwakilan Dewan-Dewan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan adalah seramai 15 orang. |
3. | Perwakilan Cawangan-Cawangan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan adalah seramai 10 orang termasuk Ketua dan Setiausaha Cawangan. Mana-mana ahli Cawangan yang merupakan AJK PAS Kawasan adalah tidak dikira dalam bilangan perwakilan Cawangan ke Kawasan. |
4. | Semua ahli-ahli PAS Kawasan Beruas dialu-alukan hadir ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan sebagai tetamu dan pemerhati. |
5. | Bendahari Cawangan hendaklah memastikan setiap ahli PAS Cawangan membayar yuran tahunan (2011) mengikut Perlembagaan PAS (Pindaan 2001/2009) Fasal 75(3)(a). Kutipan yuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Bendahari PAS Kawasan sebelum tarikh Mesyuarat Agung PAS Kawasan (sebelum atau pada 5 April 2011). |
6. | Agenda Mesyuarat Agung PAS Cawangan dan Dewan adalah seperti berikut: - Ucapan dan peringatan oleh Pengerusi Mesyuarat - Membentang dan menerima minit, lapuran dan penyata: .. 1. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu (2010). .. 2. Membentang Laporan Tahunan PAS Cawangan (2010/2011). .. 3. Membentang Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2010. .. 4. Memilih AJK Cawangan bagi sessi 2011/2013. .. 5. Mencalunkan AJK PAS Kawasan sessi 2011/2013. .. 6. Mencalunkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan. .. 7. Mencalunkan Pemeriksa Kira-Kira I dan II. .. 8. Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan. .. 9. Membahaskan usul-usul, sama ada usul untuk dilaksanakan di Cawangan atau yang hendak dibawa ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan. .. 10. Ucapan Penangguhan. |
7. | Cawangan hendaklah menghantar dan mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan (melalui Pejabat Agung) yang terdiri daripada: Tiga (3) salinan Borang 9, Tiga (3) salinan Penyata Kewangan, Tiga (3) salinan Minit Mesyuarat Agung masing-masing dan Tiga (3) salinan Senarai AJK (lengkap dengan Bil, Nama, Nombor KP, Pekerjaan, Alamat Tempat Kerja dan Alamat Tempat Tinggal). Semua salinan tersebut di atas hendaklah ditandatangani secara hidup oleh dua orang pemegang jawatan di Cawangan atau Dewan masing-masing. |
8. | Cawangan dan Dewan digalakkan menjemput tokoh-tokoh PAS setempat atau luar kawasan sebagai Perasmi Mesyuarat Agung dan hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha PAS Kawasan atau kepada mana-mana Pemerhati dari PAS Kawasan seperti yang telah ditetapkan, berserta maklumat tarikh, masa dan tempat mesyuarat. |
SENARAI PEMERHATI / WAKIL PAS KAWASAN
KE MESYUARAT AGUNG CAWANGAN
Bil | Cawangan | Wakil Kawasan |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. | Panchor Sg Tuntung Pengkalan Bharu Matang Kerian Ujung Pasir Pantai Remis Sungai Batu Parit Amerikan Tebuk Yan Matang Acheh Padang Serai Kg Changkat Dendang Pintu Gerbang Bt 36 Jln Sitiawan Kg Kota Kg Kedah Bakar Bata Taman Iswara Batu 16 Ayer Tawar Bandar Ayer Tawar Paya Nibong Bumi Hijau Changkat Chermin Kg Tengah Kg Che Puteh Paya Ara Dewan Pemuda Dewan Muslimat | NYDP dan Pengarah MTD YDP dan Ghani Ahmad YDP dan Ghani Ahmad YDP dan NYDP Bendahari dan Timb. Pengarah 1 MTD TYDP dan Shohaimi Omar YDP dan SU Ketua dan Timb. Ketua Dewan Pemuda Khusairi dan Jekefli PSU dan Timb. Pengarah 1 MTD TYDP dan Bendahari YDP dan PSU Pengarah dan Timb. Pengarah 1 MTD Pengarah dan Timb. Pengarah 1 MTD Ketua dan Timb. Ketua Dewan Pemuda SU dan PSU NYDP dan Ketua Penerangan Khusairi dan Jekefli YDP dan Bendahari YDP dan SU YDP dan Pengarah MTD SU dan Timb. Pengarah 1 MTD NYDP dan Ketua Penerangan Ustaz Hazli dan Abas PSU dan Pengarah MTD YDP dan Ketua Dewan Pemuda PSU dan SU MTD YDP dan SU YDP dan SU |
1 ulasan:
Selamat datang MB Pakatan ke Sg.Batu
Catat Ulasan